Tuesday, June 28, 2011

Pengalaman buat Tesis...

hai,hai..assalamualaikum sekali lagi...(cehwah macam pengacara lah pulak,hehe)
        Ernie nak bercerita sedikit mengenai tesis ernie. Ernie ambik kos ekonomi di ipta di utara Malaysia. Agak-agak korang U apa ek? jeng..jeng..jeng..haha. Kos ernie boleh pilih sama ada nak ambik pratikal, tesis or paper.  Setiap student haruslah ambik salah satu daripada pilihan tersebut pada hujung sem. Ernie ambik tesis semasa sem 6.

Pengalaman buat tesis?
hohoho... memang amat dashyat,gile,tension,nak marah,nak lempang sape-sape pun ada..haha. Ernie tension time nak key-in data. Nak kata data tu banyak,adalah dalam 100 sample then ada 55 variables. Kalu salah key-in, nak je baling laptop kat lantai tapi kalu baling macam mana nak siapkan tesis pulak kan. Dah la 6 bulan je tempohnya. Memang nazak. Kadang-kadang tak leh nafas kot sebab risaukan tesis yang ada 5 or 6 bab. Ia bergantung kepada individulah.

Bagi sape-sape yang nak buat tesis ni,
1st-, kite kenalah cari supervisor yang sentiasa ada di U supaya memudahkan kita berjumpa dengan beliau.
2nd- try cari supervisor yang senang bagi gred.
 3rd- kenalah rajin seperti semut ( hihihi) dan bersemangat kental.
 4th- jangan mudah berputus asa.
 5th- pandai manage masa.

pEnat lelah terbalas..
Setelah berhempas pulas sampai terkuaq urat keringat, akhirnya ernie berjaya menyiapkan tesis tersebut.  Tu pun last minute pergi jilid. Mahal wooo jilid last-last minute ni sebab malam esok ernie balik kg. So tukang kedai tu charge tesis ernie rm50 sebuah kot. Dieorang ingat ernie ni cop duit ke? Gler mahalkan, nak tak nak, terpaksalah. Selepas hantar tesis tu dekat supervisor, supervisor cakap nak presentkan tesis ernie dekat mana ntah. Memang terbaikkklah. Masa tu hidung mana tak kembang. Sume duk kembang-kecup, kembang-kecup.haha dan akhirnya bile kuar result exam, ernie tengok tesis ernie dapat A+ kot.... waaaaaa memang bersyukur sangat-sangat. thanx to my supervisor!!! last but not least, ernie dapat DL (Dean List) hehehe.... syukur walaupun dah last sem untuk bachelor of Economic with Honour..









p/s: Tidak mustahil untuk kita dapatkan apa yang kita mahu melainkan dengan usaha. Insyaallah.
 

No comments: