Wednesday, August 24, 2011

Hari raya!!!....hari Raya.....!!!

Selamat petang sume... =)


Ada beberapa hari lagi nak raya kan. Korang dah beli ke baju raya? Mesti dah kan. Maybe ada yang beli sampai 5, pasang kot...hehe.. takpe raya kan sebulan... =) Ernie dah siap dah shopping raya, sekarang ngah duk goyang kaki je hihi. Ernie tak memilih sangat kalu nak beli something tapi biarlah berkualiti dan selesa kan..kan...kan...

Raya tahun ni amat bermakna buat ernie coz...
  • dapat tawaran master.
  • bakal mengambil skrol pada bulan 10.
  • akan BERTUNANG( padahal tipu je hehehe, =) 

Dah dekat nak raya ni, mesti ada yang nak balik kampung kan,kampung ernie dekat je 5,6 minit dah sampai. Disini jugak ernie nak sampaikan sedikit peringatan.hehehe...cehwaaahhh...
  • bawa kete or motor or whatever la dengan berhati-hati. Jangan fikir nak sampai cepat je. Biar lambat asalkan selamat.
  • bila dah de kat kampung,jangan main mercun tau...
  • ringankan tulang kalu nenek,tok wan,mak sedara buat open house.
  • jangan makan banyak sangat nanti perut buncit pulak kang..hihi..
Dan yang lebih penting:
  • bagi ernie duit raya coz nak daftar U ni..hahahaha
  • jangan lupa jemput ernie bila korang buat open house..heee...
  • jangan gelak doodle yang ernie buat okay!!! tu doodle pertama ernie. Ernie tak guna photoshop ke pe.. (baru nak belajar)--- terketar-ketar tangan nak lukis guna mouse... huhuhu....

Akhir sekali ernie nak mengucapkan

    SELAMAT HARI RAYA
    MAAF ZAHIR & BATIN......  (^____^)

    Sunday, August 21, 2011

    Yeah, dapat AWARD!!!

    Salam n selamat petang sume... =)



    Kali ni ernie nak cerita pasal AWARD. Ernie dapat AWARD!!!.yea..yea... Tak pernah2 ernie dapat award lepas follow 1 blog purple ni..hee.. (^__^) Teruja sangat-sangat..hehe... korang ade tak award? hihi.. Takpe, kite kongsi sama-sama ea...

    Ernie dapat award disebabkan ernie jadi TRIPLE 3 follower die.....dalam angka 333 hee.... cutekan nombor tu..hee..Actually ernie tak terfikir pun akan dapat award ni,last-last pemilik blog purple, Cik Ayu bagitau yang ernie dapat award.... waaaaa... suke ernie tau.. Ernie amat menghargainya... (^__^)

    kalu korang tak caye, klik link dibawah... 

    http://happy-miss-purple.blogspot.com/2011/08/my-triple-3-follower-award.html

    last but not least....  THANK YOU, AYU miss purple... =)



    cArtOon favourite......... =)

    Salam U olls... (^__^)

    Actually ernie bosan nih, tu yang nak berstory-mory dengan u olls...hihihi. Pagi tadi ernie pergi hospital coz nak buat medical checkup before daftar ke ukm tu. Bab2 pergi hospital,bank or mana2 yang mendatangkan tension tu la ernie paling tak suke. Menci..menci...!!! Kene tunggu lamalah,ambik giliranlah...aduhai. (dah nak sangat yang free kan, tu la padah nye wahai Cik Ernie hohoho ^^,)

    Tapi ni bukan pasal hospital .Kali ni ernie nak cerita pasal cartoon!!!...waaaa... cartoon!!.. best2... I LIKE!!! do u like it?? hee... even i`m 22 but i still love cartoon. Tak kisahlah orang nak cakap pe kan, tak matured ke pe but for me cartoon is the best way to release tension. Do u agree with me?? hehe..


    Ernie tak suke cartoon yang berat2, yang memerlukan kite berfikir.Bukan taknak, if kite tengok cartoon macam tu, otak kite bergerak n selagi kite tak dapat jawapan,selagi tu la kite akan berfikir then membawa ke arah ketensionan. Tapi lagi best if cartoon tu ada gelak2, sengal2 sikit kan..(^__^).. Tu just pendapat ernie lah.

    Well, setiap orang ade favourite cartoon masing2 kan, ernie pun ade jugak,hihi..
    p/s: just santai2 aje... (^__^)


    ATASHINCI!!!

    cartoon paling sengal..hehe
















     K-ON!! 



    Saturday, August 20, 2011

    FOBIA terhadap coklat...



    Salam sume... (^_^)

    Pe kabar? Hope sumenye baik2 belaka. Mesti happy sangat2 kan coz ada yang tengah beli baju raya,  kasut raya, handbag baru n macam-macam lagi la... Jom kite buat raya tahun ni lebih gempak!!!..hahaha... =)

    Ernie baru sudah masak lauk untuk masa sahur nanti, just tiru resepi dari buku je..hehehe..(nampak sangat xreti masak, hikhik) ishhhhh... atleast masakan ernie tadi nampak macam best, sedap kot rasenye.. hehehe...




    Time ernie tengah masak, ernie terpikir pasal kek coklat. Nak buat masa raya ke? of coz not!!!... Actually chocolate is a part of my life. If nak beli aiskirm,kene beli yang coklat, vanila ernie xnak.. cehhh demand konon..hahah.. best pe coklat ni kan... phewiittt... (^_^)


    CERITA DISEBALIK KEK COKLAT.....hohoho

    Seminggu sebelum raya,ernie terkena virus muntah2.. woooo dashyat kot.. sehari sebelum terkena muntah2, ernie n ma buat kek coklat. Sekali buat 2kilo kot..Acu korang bayangkan... 2 kilo... manyak oooooo...then pada hari ernie muntah2, mana tak mau, kuar sume kek coklat dari perut, wekkk..wekkk... hihihi... Kek coklat atas meja pun ernie takleh tengok,makan apatah lagi bau n bayang... kalu tak,confirm nak muntah...

    Lepas pada tu sampailah sekarang, ernie n ma still lagi takleh makan benda2 yang berkaitan dengan coklat even milo pun ernie takleh minum... kesian...hukhuk...just minum air masak je... heee...(baik tuk kesihatan, ^^, )



    Friday, August 19, 2011

    kerana KAU,aku DERITA....

    Assalamualaikum w.b.t sume... n salam jumaat, penghulu segala hari.... =)


    Hari ini ernie nak cakap pasal, simbah asid. MasyaAllah,kenapa kejam sangat manusia sehingga nak simbah asid2 ni kan. Begitu perit keadaan mangsa untuk tanggung penderitaan yang dialami. Dieorang ingat ni main2 ke? Kenapa dieorang tak try dulu macam mana kulit dieorang terkena asid. Ini senang2 je nak simbah asid kat orang lain kononnya nak lepas geram la pe la.. mmm.... Geram ernie tau.. orang yang tak bersalah yang kene..


    Ernie pun takut jugak sebab kat mana2 dah tak selamat dah. So korang should be careful k. Pasal putus cinta pun nak simbah asid.Dah orang tak nak kat kite kan, nak buat macam mana. Dah tak de jodoh. Janganlah memaksa atau berniat macam ni, if aku tak dapat die,orang lain pun tak kan dapat die...Betapa busuknya hati..



    Kalu lah ernie jadi hakim,ernie takkan bagi muka or just kenakan hukuman penjara. Ernie nak apa yang die rase sebagai mana mangsa yang tak bersalah rase kan.. kesian tengok keadaan mangsa yang mukanya....mmm.....

    Metro hari ini (19/8) ,pasal simbah asid...
    myMetro | Putus cinta simbah asid

    p/s: janganlah nak menganiaya orang sesuka hati...=)

    coming soon (CONVO + BIRTHDAY )

    Assalamualaikum..n..Good night olls....hee...



    Malam ni ernie nak cakap something pasal... acu tengok tajuk entri..acu tengok..hehe.... CONVO n BIRTHDAY!!!... heee....waaaaa... happy nye ernie on that day... marvellous...marvellous... bak kata Jarjit,upin ipin tuu... hehehe...


    Actually, time ernie convo jatuh pada birthday ernie.. 5/10/89..... memang amat menggembirakanlah coz apa yang ernie usahakan telah pun tercapai dan segala penat lelah tu akan berlaku pada birthday ernie. sape taknak event yang paling excited ni kan..ambik skrol lagi... huaaa...best2.. hehehe....macam terover excited plak..huhu...



    Ernie punya konvo pada sesi petang, mesti panas giler kot. dengan ramai orang nya..Kalu tak silap budak2 econ ni dalam 300 lebih kot. Sesi petang bermula pada pukul 1.45-6 petang.. Fuhhh... 1st time nak naik pentas ambik scrol... 
     

    p/s: Hope everything will be fine n smooth..... (^____^)

    SESI PENGANUGERAHAN IJAZAH MAJLIS KONVOKESYEN KE-24, TAHUN 2011 UUM

    SESI PENGANUGERAHAN IJAZAH MAJLIS KONVOKESYEN KE-24, TAHUN 2011 UUM
    CONFERMENT OF DEGREE SESSIONS
    1 OKTOBER 2011 / 1 OCTOBER 20101
    (SABTU / SATURDAY)
    PAGI (SESI 1) / MORNING (SESSION 1)
    *Time: 7.00A.M-12.30P.M
    PETANG (SESI 2)/ AFTERNOON (SESSION 2)
    *Time: 1.45P.M-6.00P.M
    Semua Graduan PHD
    Semua Graduan DBA
    UUM COLGIS
    Sarjana Sains (Pengajian Strategik)
    Sarjana Undang-Undang Komersial
    Sarjana Pengurusan Awam
    Sarjana Sastera (Sosiologi)
    Sarjana Sastera (Sains Politik)

    Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian
    UUM COB
    Sarjana Sains (Perakaunan Pengurusan dan Perancangan)
    Sarjana Sains (Perniagaan Antarabangsa)
    Sarjana Sains (Pengurusan Operasi)
    Sarjana Sains (Pengurusan Teknologi)
    Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Projek)
    Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Rantaian Bekalan)
    UUM COLGIS
    Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dengan Kepujian
    UUM COB
    Sarjana Pentadbiran Perniagaan
    Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
    Sarjana Pengurusan Sumber Manusia
    2 OKTOBER 2011 / 1 OCTOBER 20101
    (AHAD / SUNDAY)
    PAGI (SESI 3) / MORNING (SESSION 3)
    *Time: 7.00A.M-12.30P.M
    PETANG (SESI 4)/ AFTERNOON (SESSION 4)
    *Time: 1.45P.M-6.00P.M
    UUM COLGIS
    Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan dengan Kepujian
    UUM COB
    Sarjana Sains (Kewangan)
    Sarjana Sains (Perbankan)
    Sarjana Sains (Pengurusan)
    Sarjana Sains (Perakaunan Antarabangsa)
    Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Perakaunan)
    UUM CAS
    Sarjana Sains (Kaunseling)
    Sarjana Sains (Komunikasi Kepengurusan)
    Sarjana Sains (Teknologi Maklumat)
    Sarjana Sains (Sistem Pintar)
    Sarjana Sains (Sains Pemutusan)
    Sarjana Sains (Teknokeusahawanan)
    Sarjana Sains (Teknologi Maklumat & Komunikasi)
    UUM CAS
    Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan)
    Sarjana Sains (Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
    Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Perlancongan dan Hospitaliti)
    Sarjana Pendidikan
    Sarjana Ekonomi
    Sastera (Komunikasi)
    Sarjana Sastera (Pengajian Bahasa Melayu Kontemporari)
    Sarjana Sastera (Linguistik Terapan)
    Diploma Siswazah Sains Koreksional
    3 OKTOBER 2011 / 3 OCTOBER 2011
    (ISNIN / MONDAY)
    PAGI (SESI 5) / MORNING (SESSION 5)
    *Time: 7.00A.M-12.30P.M
    PETANG (SESI 6)/ AFTERNOON (SESSION 6)
    *Time: 1.45P.M-6.00P.M
    UUM COLGIS
    Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian /BPM (Hons)
    UUM COB
    Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian / B. Acct (Hons)
    Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) dengan Kepujian / B. Acct [IS] (Hons)

    UUM COB
    Sarjana Muda Pengurusan Risiko dan Insurans dengan Kepujian / BRMI(Hons)
    Sarjana Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dengan Kepujian / B. Tech. Mgt (Hons)
    Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan) dengan Kepujian / BBA [Logistic & Trans] (Hons)
    Sarjana Muda Pemasaran dengan Kepujian / B. Mktg (Hons)
    4 OKTOBER 2011 / 4 OCTOBER 2011
    (TUESDAY / SELASA)
    PAGI (SESI 7) / MORNING (SESSION 7)
    *Time: 7.00A.M-12.30P.M
    PETANG (SESI 8)/ AFTERNOON (SESSION 8)
    *Time: 1.45P.M-6.00P.M
    UUM COB
    Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian /BBA(Hons)
    UUM COB
    Sarjana Muda Pengurusan Operasi /B. Op. Mgt.(Hons)
    Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian / B. Ent (Hons)
    Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dengan Kepujian /BHRM (Hons)
    Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian / BMA (Hons)
    5 OKTOBER 2011 / 5 OCTOBER 2011
    (WEDNESDAY / RABU)
    PAGI (SESI 9) / MORNING (SESSION 9)
    *Time: 7.00A.M-12.30P.M
    PETANG (SESI 10)/ AFTERNOON (SESSION 10)
    *Time: 1.45P.M-6.00P.M
    UUM COB
    Sarjana Muda Kewangan dengan Kepujian / B.Fin (Hons)
    Sarjana Muda Perbankan dengan Kepujian / B. Bank (Hons)
    Sarjana Muda Kewangan & Perbankan Islam dengan Kepujian / BIFB (Hons)
    Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dengan Kepujian / BIBM (Hons)
    UUM CAS
    Sarjana Muda Sains Perniagaantani dengan Kepujian /BSc.Buss Math (Hons)
    Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti dengan Kepujian /BHM (Hons)
    UUM CAS
    Sarjana Muda Ekonomi Dengan Kepujian / B. Eco. (Hons)
    Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan Dengan Kepujian / BTM (Hons)
    Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial Dengan Kepujian / B.Soc.Work. (Hons)
    Sarjana Muda Teknologi Media Dengan Kepujian /B. Media Tech.(Hons)
    6 OKTOBER 2011 / 6 OCTOBER 2011
    (THURSDAY / KHAMIS)
    PAGI (SESI 11) / MORNING (SESSION 11)
    *Time: 7.00A.M-12.30P.M
    PETANG (SESI 12)/ AFTERNOON (SESSION 12)
    *Time: 1.45P.M-6.00P.M
    UUM CAS
    Sarjana Muda Sains Pemutusan Dengan Kepujian /B.Dec.Sc.(Hons)Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian / B.Couns
    Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian / B.Edu. (Hons)
    Sarjana Muda Matematik Perniagaan Dengan Kepujian /B.Buss.Math.(Hons)
    Sarjana Muda Statistik Industri Dengan Kepujian /B.Stat.Ind. (Hons)
    Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian / B.Comm. (Hons)
    Diploma Pendidikan / (Diploma in Education)
    UUM CAS
    Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian / BIT(Hons)
    Sarjana Muda Multimedia Dengan Kepujian / BMM (Hons)

    Wednesday, August 17, 2011

    Kad bank terCICIR.....

    Assalamualaikum sume....



    Ernie nak cerita 1 perkara ni.. semalam ernie n abah g bank BSN.Nak buka akaun baru n kad bank sekali sebab buku n kad dah hilang. Gi mana ntah. hehehe... Ernie buka akaun bank tu pun sebab nak isi no akaun untuk dapatkan duit dari yayasan Trg. Maybe dalam rm1000 je kot.

    Agak lama gak lah duk dalam bank tu, tunggu turn pe la sume kan, ernie tengok ada pekerja die tu, siap borak2 g kt handphone pasal nak buka pe ptg semalam.. cehhh macam lah x boleh cakap lepas tu kan. Lagi 1 dah la die tu bahagian kaunter pertanyaan... mm.. sabor je la ernie......huhuhu

    Lepas dapat kad n buku bank,n tukar no pin kad tuh, sebelum naik kete,kad tu dah hilang, tercicir... korang dapat agak dah kan macam mana abah marahkan coz tak sampai 5 minit kad tu boleh hilang. Takut jugak ernie hehehe... just buat cool je.. hikhikk...

    Pusing2 tibe2 ernie jumpa kad tu semula. Rupanya2 die jatuh time ernie nak masuk dalam kete. Ernie tak sedar pun kad tu jatuh.. tak perasan.. xpe la maybe aritu hari malang kot... tapi nasib baik terjumpa,kalu tak... ernie no komen lah sebab abah dah marah2... huhuhuhu......


    p/s: jagalah sesuatu barang yang baru kite dapat dengan elok2... (^____^)

    Monday, August 15, 2011

    aku terpaksa MEMILIH........A or B??

    Salam you all... (^__^)

    Sudah 15 hari kite berpuasa kan. Macam mana puasa korang sebelum ni?... Well... hope today is better than tomorrow huh..



    Hari ni ernie nak cakap pasal memilih.....choosing.. arrgghhhhh i hate choosing coz what, if i have A n B, i shouldn`t take it all. There must be an opportunity cost..hihihi... ( economics term)

    My problem is ernie tak tahu nak duduk mana if dah sampai bangi nanti..Keadaan pun ernie tak tahu sangat coz dulu about 4 years ernie belaja kat area utara. Bosann wooo... huhuhu.. Sekarang ernie terpaksa pilih sama ada nak duduk kat kolej dalam U or luar dari U. it gives me more headache coz thinking too much.




    Lets me describe what is A and what is B....

                       A
    • duduk kat kolej
    • dalam U
    • harga mahal
    • dalam semnggu air takde
    • of coz bus senang nak dapat
    • katil,tilam,almari dah disediakan

                      B
    • duduk luar U
    • rumah kedai,tingkat 3
    • bawah rumah tu ada kedai makanan,balai polis,myb ada kedai runcit kot
    • sbg permulaan kne bayar rm330 then bulanan rm130-150
    • bus rapid, trus hantar ke fakulti. Bus U pun disediakan
    • tilam dan sebagainya perlu dibeli

    So.. which one is better for me? should i take A or should i take B? waaaaaaa... its so complicated huh... help me...plzzzz...coz ernie dah blurrrr...

    Saturday, August 13, 2011

    Akhirnya aku diberi Tawaran... =)

    Assalamualaikum....=)

    Hari ni ernie nak menceritakan 1 detik yang amat menggembirakan... ha?? pe tu? ernie nak kawen ke? nak tunang ke? YESS...of cozz lah...hahaha.... ishhhhh,takdelah.. kali ni ernie nak kongsi dengan korang yang ernie dah dapat 1 tawaran tuk sambung master... hehe... syukur Alhamdulillah.. segala keperitan ernie tunggu untuk mendapat keputusan sama ada berjaya atau tak,akhirnya terjawab... =)

    Ni lah,keputusan yang ernie dapat.....

    TAHNIAH. PERMOHONAN ANDA BERJAYA.

    NAMA: NUR ERNIE AMIRA BINTI MOHD JAMLI
    No.KP: 891005*******

    PROGRAM YANG DI TAWARKAN ADALAH :
    Sarjana Ekonomi Islam
    SURAT TAWARAN AKAN DIHANTAR KE ALAMAT ANDA.
    ---------------------------------------------------------
    CONGRATULATION, YOUR APPLICATION IS SUCCESSFUL.
    PROGRAMME OFFER :
    Master of Islamic Economy
    OFFER LETTER WILL BE SENT TO YOUR ADDRESS.



    Ernie happy sangat-sangat coz berjaya dapat tawaran dari U tersebut...Hope ernie dapat guna ilmu dengan sebaiknya dan tak jemu menimba ilmu... =)



    Friday, August 12, 2011

    aku CINTA padamu... (^___^)

    Asssalamualaikum......

    Dah lama ernie tak update kan3...hee.. ernie tiap2 hari duk depan laptop tapi malas nak update coz sumthing yang tak penting ernie malas nak ambik tahu n malas nak update.. heee...Tu tak bermakna ernie seorang yang serius..heee =)



    Aku CINTA padamu.... ha?? sape2? nak tahu jugak... hehe... takde lah... actually ernie just nak kongsi 1 lagu ni yang tengah hangat di radio... best woooooo.... lagu die soft je kan.. tak de rancak2 pun... tak jemu kalu dengar banyak kali tapi tak tahu la akan datang macam mana kan... hihihihi.....


    Jom kite berkaroake sekejap... (karoake dalam hati je...hehehhe.. (^____*))



    P/S: Karoake sambil bersantai-santai aje...... =)


    Saturday, August 6, 2011

    bAju rAYa? Kuih Raya?

    Salam.....



    Sudah 6 hari kite berpuasakan? Sekejapnya masa berlalu. Dalam enam2 hari ni, mesti perut korang ada bunyi-bunyi bergendang dengut... hahaha.... ernie gurau aje... =)


    Baju raya dah beli belum? ke dah siap? manalah tahu kan, sebulan sebelum puasa dah siap dah. Punyalah excited nak raye... hehe... ernie? ernie punya baju kurung dah siap dah. Siap ada manik2 lagi. Nanti berkilaulah ernie kalu manik tu terkena cahaya, leh buat lampu lip-lap....hehehe.....


    Tahun ni ernie beli kain sutera.Kain ni hanya ada satu pasang je. Maknanye takleh lah orang nak tiru ernie pakai kain kaler pe kan.. hehehe...


    Petang ni ernie n adik nak g bandar, nak cari sandal,hee.... nanti kalu lewat2 beli, takde siaz pulak kan, maklumlah kaki punya lah besar macam bigfoot...hahaha...


    Cakap pasal kuih raya, ma ernie tak buat sebab kalu buat pun,orang tak makan, so better beli kerepek je kan. Kerepek ni ramai yang makan sebab die macam makan jajan. Ma ernie dah tempah kerepek dari Johor ( dari kilangnya lah,bagi sape2 duk Johor nun, mestilah tau kan kat mana tempatnya.... =) ).. Kalu nak makan kuih raya, pergi je kat umah orang lain....hahaha....




    p/s: Elok beli awal2, nanti takdelah nak berebut2, tertukar saiz ke pe kan... hehehe......  n segala gambar2 di blog ernie hanyalah salingan semata-mata... (^___^)

    Tuesday, August 2, 2011

    Ke mana aku kalu tak dapat keje.... hehe.....



     Assalamualaikum..... =)

    Bila dah terlampau rajin,mesti ada 2,3 post yang ingin dikongsikan. Bila time malas...hrmmmm hampeh hehe...lebih2 lagi time puasa ni kan, jejari ernie pun mula dah malas menaip banyak2.. tapi takpelah, asalkan apa yang ernie nak utarakan,ernie post je...huhuhuu.....



    Kali ni,ernie nak cakap pasal keje.Nak dapat keje pun susah. hrmmm.. apalah gunanya orang muda belaja tinggi2 jika company tetap nak orang tua dan berpengalaman kan...... sooooo......ernie rancang nak buka bakery yang jual cupcakes only macam dalam tv tuuu... hihihi......


      Sekarang ramai yang gilai cupcakes,sampai sanggup cari resepi kt dalam buku resepi, internet dan macam2 lah, tapi bagi ernie,ernie nak tukar sikit cara cupcakes ernie, ernie ingat nak tukar topping tu dengan aiskrim dan macam2 lagi la.Rasenye ok tak? tapi kite tak pernah lagikan makan cupcake dengan aiskrim.. Tak salah kalau kite nak mencuba kan3... hehe... (^___*)


    Walaupun sudah ramai yang tahu cara nak buat cupcakes ni, ernie tetap nak buka bakery,hehe... atleast bagi sape2 yang malas nak buat,takde masa nak beli bahan2, bolehlah beli kat bakery ernie nanti kalu ia ditubuhkan lah.. hehehe...ia jugak sesuai untuk golongan remaja yang nak santai2 dengan member2, dating ke pe kan.. ahahakk... =)



    p/s: kite hanya merancang, Tuhan akan menentukan........ =)


                

     















    Monday, August 1, 2011

    Ramadhan Kembali Lagi..... =)

    Salam sume.....

    Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan Ramadhan. Hari ni 1st day berpuasa bagi umat islam di Malaysia dan jugak di negara-negara lain. Acaman berpuasa hari ni? ok? perut ada bunyi-bunyi tak? hihihi... biasalah tu bila dah lama tak berpuasa kan. Perut pun nak rehat jugak,dah 7 bulan ia terima makanan apa yang kite makan. Kecian kat perut kan3. hehehe.....


    Sebelum tu,ernie nak mengucapkan......




    Bila nak berbuka,mulalah merancang untuk memasak apa,nak beli apa kan3, betul tak? kiranya 1 tak cukup nak 3,baru kenyang.. hehehe.. biasalah macam tu kan.. hehehe... Apa2 pun, kite janganlah membazir. Puasa kan sebulan so banyak masa lagi nak makan apa yang kite inginkan....


    Makan,makan jugak tapi terawih janganlah tinggalkan... =) .... Bulan ni banyak rahmat yang akan diberikan kepada umat yang berdoa kepadanya dan bersama-samalah kite mencari keredhaanNya...




    Nanti sebelum berbuka, jangan lupa baca doa ini...... (^______^)



    P/S: Banyakkan membuat amal ibadat yeee.... (^____^)