Thursday, July 21, 2011

aku di "KIV" ???

Assalamualaikum.. (^_____^)

Kali ni ernie nak cakap pasal KIV. Apa tu kiv? hiv ke? wah..wah..amboi mulutttt... tak reti nak jaga ke? ernie syukur alhamdulillah sihat walafiat tanpa sebarang penyakit sehingga ke hari ni. So kiv tu bermaksud keep in view. hihihi...


Apa yang berkaitan dengan kiv ialah permohonan master ernie di U sana. Segala apa yang pihak U mintak ernie dah sedia kan termasuk result terakhir sem 6. Masalahnya dalam result last sem tu,die tak cakap pun telah tamat pengajian,die just tulis  LULUS saje. So tu yang susah sikit untuk ernie dapat surat tawaran. Sekarang ni pun ernie tak tahu apa status sama ada berjaya or tak.. tunggu je la..



Then ernie call UUM, die cakap akhir bulan ni die nk publish nama budak-budak yang telah tamat pengajian dan boleh berkonvo untuk bulan 10 ni dan boleh dapat surat tamat pengajian melalui portal. Lambatnye masa berlalu sebab kalu dapat surat tawaran tu cepat-cepat atleast bolehlah buat persediaan awal kan. Lagipun bile dah puasa, ada jugak lah penat nya.. Buat masa ni ernie just menanti hari tersebut sebab bile surat tu dah dikeluarkan,cepat-cepat ernie pergi hantar kat U sana. Takut jugak kalu tak sempat masuk bulan 9 ni kan.. Harap-harap dapat rezeki untuk sambung sana.. Tu la harapanku......


Sambil-sambil duk tunggu surat tu, jom santai-santai dengar lagu aje.....hihihi... =)
(best pulak lagi ni sejak tengok cter Annissa...hehehe)


2 comments:

syafiqakarim said...

haha tahu da ;p
ah,lagu tu best.hahah

ernie ann amira said...

heee.... =)